6.10.2014 - Hampir 400 orang menjayakan program Ibadah Korban anjuran UMNO Cawangan Sitiawan Bandar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sitiawan dengan kerjasama Utusan Malaysia dan ditaja oleh syarikat hartanah terkemuka di sini, Setia Awan Holdings Sdn. Bhd. hari ini.
Pada program itu, lima ekor lembu dan seekor kerbau dikorbankan dan kerja-kerja menyembelih, melapah, pengagihan daging dan memasak dilakukan secara gotong royong.
Ketua UMNO Cawangan Sitiawan Bandar, Junairi Jauhari berkata, antara yang menjayakan program itu termasuk ahli UMNO cawangan itu dan beberapa cawangan lain di Bahagian Lumut.
Tidak ketinggalan, kata beliau, penyertaan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan di sini seperti dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Balai Polis dan Trafik, klinik kesihatan, Jabatan Imigresen dan wakil dari Setia Awan Holdings.
Beliau menyifatkan program yang pertama kali diadakan di Taman Astaka di sini amat berjaya dan lancar.
"Alhamdulillah kita dapat melaksanakan program ibadah ini dengan begitu berjaya dan lancar. Semua program yang kita susun sejak awal lagi seperti penyembelihan, melapah dan memasak daging korban dilakukan secara gotong royong terutama oleh anggota bomba dan penyelamat Balai Sitiawan yang secara kebetulan turut membuat korban," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim menyampaikan pengagihan daging korban kepada wakil agensi kerajaan dan para peserta yang terlibat.
Junairi, yang juga Pengarah Perhubungan Awam Setia Awan Holdings berkata, sebenarnya ramai lagi pihak dan penaja yang berminat untuk menyertai program tersebut.
"Memandangkan sambutan baik pada program yang pertama kali dianjurkan ini, kita bercadang untuk mengadaka program yang sama tahun depan mungkin dalam skala yang lebih besar," katanya.
Sementara itu, Rashidi dalam ucapannya berkata, mudah bukan untuk menganjurkan program seperti itu yang memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak.
"Namun peserta membuktikan mereka boleh menganjurkan majlis ini dengan baik atas semangat kerjasama yang erat dan diharapkan ibadah yang dilakukan ini diterima Allah," katanya.