Kalaulah Anjing Boleh Bercakap

24.10.2014 - Hanya kerana anjing, kita jadi kecoh. Betapa mudah kita tenggelam punca dan hilang pedoman, berantakan sesama sendiri. Malu sebenarnya nak sebut, hanya kerana anjing. Ramai yang berbalah kerana program 'I Want To Touch A Dog' di Bandar Utama, Petaling Jaya. Ada juga orang Islam sendiri yang tergamak ‘menghanjingkan’ ulama. Benarlah dunia ini sudah akhir zaman.