Besan didakwa jaja nama Najib kes beg tangan

20.11.2015 - Besan Datuk Seri Najib Razak, Maira Nazarbayeva dikatakan cuba mengugut untuk mencederakan seorang ahli perniagaan dengan memetik hubungan anaknya dengan Perdana Menteri Malaysia, lapor akhbar The New York Post.
Memetik kenyataan saman Mahkamah Persekutuan Manhattan, laporan itu menyebut Maira dituduh mengambil dua belas beg tangan jenama Hermes yang bernilai AS$400,000 atau kira-kira RM1.7 juta tanpa membayar.
Wanita Kazakhstan itu dilaporkan memesan beg-beg berkenaan daripada daerah perniagaan Samilor pada 2014 dan 2015.
Apabila Presiden Samilor Bella Belkin mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang, Maria didakwa mengugut untuk mencederakan ahli korporat dan keluarganya.
“Kamu kenal anak saya! Beliau adalah menantu Perdana Menteri Malaysia. Saya akan cederakan awak dan keluarga awak jika awak saman saya,” beliau didakwa berkata.
Menurut The New York Post, peguam yang mewakili Maria tidak mahu mengulas ketika dihubungi.
Maira, adalah bekas isteri hartawan baja Bolat Nazarbayev, yang adalah adik kepada presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.
Anak mereka, Daniyar Kessikbayev, berkahwin dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa.
Bolat juga telah menyaman Maira dan anaknya di mahkamah Manhattan dengan mendakwa kedua-dua mereka adalah "penipu bersiri yang mencuri kondo bernilai $20 juta di Plaza Hotel" daripadanya.
Baca Lagi

PBT, Polis Main Wayang?


25.10.2014 - Gejala judi haram tidak mampu dibanteras. Adakah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis bermain wayang? Atau sindiket tidak lagi gentar kepada undang-undang. Bagaikan sudah menghidu setiap kali operasi. Siapa bocorkan kalau bukan orang dalam? Merekalah pengkhianat yang sebenar.
Baca Lagi

Kalaulah Anjing Boleh Bercakap

24.10.2014 - Hanya kerana anjing, kita jadi kecoh. Betapa mudah kita tenggelam punca dan hilang pedoman, berantakan sesama sendiri. Malu sebenarnya nak sebut, hanya kerana anjing. Ramai yang berbalah kerana program 'I Want To Touch A Dog' di Bandar Utama, Petaling Jaya. Ada juga orang Islam sendiri yang tergamak ‘menghanjingkan’ ulama. Benarlah dunia ini sudah akhir zaman.
Baca Lagi

400 Jayakan Program Korban Utusan - UMNO Sitiawan Bandar



6.10.2014 - Hampir 400 orang menjayakan program Ibadah Korban anjuran UMNO Cawangan Sitiawan Bandar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sitiawan dengan kerjasama Utusan Malaysia dan ditaja oleh syarikat hartanah terkemuka di sini, Setia Awan Holdings Sdn. Bhd. hari ini.
Pada program itu, lima ekor lembu dan seekor kerbau dikorbankan dan kerja-kerja menyembelih, melapah, pengagihan daging dan memasak dilakukan secara gotong royong.
Ketua UMNO Cawangan Sitiawan Bandar, Junairi Jauhari berkata, antara yang menjayakan program itu termasuk ahli UMNO cawangan itu dan beberapa cawangan lain di Bahagian Lumut.
Tidak ketinggalan, kata beliau, penyertaan anggota daripada pelbagai agensi kerajaan di sini seperti dari Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Balai Polis dan Trafik, klinik kesihatan, Jabatan Imigresen dan wakil dari Setia Awan Holdings.
Beliau menyifatkan program yang pertama kali diadakan di Taman Astaka di sini amat berjaya dan lancar.
"Alhamdulillah kita dapat melaksanakan program ibadah ini dengan begitu berjaya dan lancar. Semua program yang kita susun sejak awal lagi seperti penyembelihan, melapah dan memasak daging korban dilakukan secara gotong royong terutama oleh anggota bomba dan penyelamat Balai Sitiawan yang secara kebetulan turut membuat korban," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim menyampaikan pengagihan daging korban kepada wakil agensi kerajaan dan para peserta yang terlibat.
Junairi, yang juga Pengarah Perhubungan Awam Setia Awan Holdings berkata, sebenarnya ramai lagi pihak dan penaja yang berminat untuk menyertai program tersebut.
"Memandangkan sambutan baik pada program yang pertama kali dianjurkan ini, kita bercadang untuk mengadaka program yang sama tahun depan mungkin dalam skala yang lebih besar," katanya.
Sementara itu, Rashidi dalam ucapannya berkata, mudah bukan untuk menganjurkan program seperti itu yang memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak.
"Namun peserta membuktikan mereka boleh menganjurkan majlis ini dengan baik atas semangat kerjasama yang erat dan diharapkan ibadah yang dilakukan ini diterima Allah," katanya.
Baca Lagi

Utusan - UMNO Sitiawan Bandar Anjur Program Korban

 


Berita Menyusul
Baca Lagi

UMNO Sitiawan Bandar Ceriakan Persiapan Raya

Berita Menyusul
Baca Lagi

UMNO Sitiawan Bandar Mengedarkan 5000 Bubur Lambuk

24.07.2014 - UMNO Sitiawan Bandar mengedarkan 5000 Bubur Lambuk secara percuma sempena Ramadan di Padang Astaka, Sitiawan. Berita Menyusul
Baca Lagi

Transformasi UMNO Sitiawan Bandar Berjaya

26.04.2014 - Transformasi UMNO Sitiawan Bandar Berjaya. Berita Menyusul
Baca Lagi

Tuan, Air Kencing Saya Tak Mau Keluar



23.04.2014 - Semua pemandu bas ekspres wajib menjalani ujian air kencing yang dilakukan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) setiap hari di terminal-terminal bas di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.
 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, ujian tersebut bertujuan memastikan para pemandu bas berada dalam keadaan sihat dan bebas daripada dadah sebelum membawa penumpang. Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di sini hari ini, beliau berkata, lesen pemandu akan ditahan serta-merta jika ujian air kencing didapati positif.
 
Langkah drastik itu merupakan antara bebe­rapa tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pengangkutan dalam usaha mengelakkan kemalangan melibatkan bas ekspres dan persiaran berulang.


Baca Lagi

Karpal Singh 1940 - 2014

20.04.2014 - Kehilangan Karpal membentuk suatu kelompangan yang tidak mungkin dapat diisi. Takziah
Baca Lagi